Rangkap 1
Penyajak dapat merasakan kepedihan yang dialami oleh tanah sewaktu tanah itu dicemari. penyajak juga mengatakan udara di muka bumi sudah tidak bersih lagi. Udara kini seakan-akan semakin tercemar dan kotor yang boleh mendatangkan banyak penyakit.
Rangkap 2
Penyajak merasa sedih apabila hujan tiba; hakisan mula berlaku dan air hujan mula meluncur dan menghakis tanah serta membawa sekali sampah sarap sewaktu air deras itu mengalir.
Rangkap 3
Penyajak menjelaskan inilah pencemaran yang berlaku, pencemaran alam semakin menjadi-jadi dan bertambah parah.
Rangkap 4
Bagi penyajak pencemaran alam yang berlaku, penyajak turut merasai dan turut berasa sedih, namun penyajak akan tetap pulang ke tempat asalnya walaupun penyajak tahu tempatnya sudah tercemar.
Tema
Pencemaran Bumi
Penyajak sedih melihat keadaan tanah yang semakin tandus akibat pencemaran.
Persoalan
1. Pencemaran tanah
- Pencemaran tanah yang berlaku dan semakin tandus.
- Penyajak berasa amat sedih melihat pencemaran tanah semakin menjadi-jadi.
2. Kesedihan melihat bumi semakin tercemar
- Penyajak turut bersedih dengan pencemaran yang telah berlaku, tanah kini semakin tercemar dan semakin terhakis apabila hujan turun.
3. Perasaan duka terhadap keadaan bumi
- Penyajak meluahkan perasaan dukanya melihat keadaan bumi yang semakin tercemar.
1. Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai 4 rangkap
2. Kedua-dua rangkap mempunyai jumlah baris yang berbeza. Iaitu pada rangkap pertama 6 baris,
manakala rangkap 2pula 8 baris.
3. Baris - baris sajak ini mempunyai jumlah kata yang tidak sama.
- Contohnya
- (a) kepedihan menyusur ke dalam ( rangkap 1 baris 2 )
- (b) dan pulang ke tanah, mengheret sisa toksik ( rangkap 2 baris 5 )
- Contohnya
- (a) i/ ni/ lah/ du/ ka/ ta/ nah/ - 7 suku kata ( rangkap 3 baris 1 )
- (b) Lu/ ka/ ku/ ju/ ga/ na/ mun/ a/ kan/ ku/ pu/ lang. ju/ a/ 14 suku kata ( rangkap 4 baris 2 )
Gaya Bahasa
1. Asonansi
- Contohnya ialah ulangan vokal 'a'
- dan udara hanyir bersembilu tajam ( rangkap 1 baris 6 )
- Contohnya ulangan konsonan 'n'
- dan pulang ke tanah, mengheret sisa toksik ( rangkap 3 baris 5 )
-
Contohnya, ' angin gersang' ( rangkap2 baris 5 )
- Contohnya, ' hujan meluncur ' ( rangkap 1 baris 1 )
- Contohnya, lukaku
- Conthnya, hujan, angin, udara, batu
Nilai Kemanusiaan
1. Sedih
- Penyajak turut berasa sedih denga keaadaan muka bumi akibat daripada pencemaran
- Penyajak sangat berduka dengan apa yang telah berlaku terhadap tanah. dalam hal ini, penyajak sangat berduka hati denga pencemaran yang berlaku terhadap tanah.
- Bagi penyajak, penyajak sangat memahami keadaan yang berlaku terhadap alam dan penyajak juga turut merasakan kesakitan yang dirasai oleh tanah akibat pencemaran itu.
Mesej dan Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa menjaga alam sekitar agar tidak tercemar.
2. Kita hendaklah sentiasa menyayangi alam sekitar agar kita dapat menghirup udara yang segar.
Dalam hal ini, apabila udara kotor, kita juga akan memperoleh penyakit akibat daripada pencemaran.
3. Kita haruslah berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap alam sekitar.
4. Janganlah kita angkuh dengan kemajuan kebendaan, tanpa memikirkan keadaan persekitaran
terutamanya alam sekitar.
Nada
Suasana yang digambarkan oleh penyajak dalam puisi ini adalah berbentuk melankilik iaitu tentang pencemaran tanah yang berlaku. dalam sajak ini penyajak meluahkan rasa sedihnya melihat tanah yang kini semakin tercemar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan