Selasa, 1 November 2011

ANALISIS SAJAK 'LELAH TETAPI INDAH' KARYA A. GHANI ABDULLAH

MAKSUD

Rangkap 1
Penyajak ingin menceritakan tentang penderitaan yang terpaksa ditanggung dalam kehidupan sesetengah masyarakat yang miskin atau susah. Penyajak juga ingin menyatakan bahawa golongan ini melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa meminta balasan. Segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan tidak diminta belas kasihan atau simpati daripada orang lain.

Rangkap 2
Walaupun hidup ini penat untuk menghadapi segala penderitaan tetapi dia puas dengan hasil yang diperoleh. Segala jasa dan usaha yang dilakukan terlalu tinggi harganya untuk dinilai.

Rangkap 3
Walaupun hidup ini amat menyusahkan, namun dia redha dengan ketentuan Ilahi. Dia tidak pernah mengenal erti lelah atau kalah dan sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

Rangkap 4
Rangkap ini menyatakan tentang penderitaan yang terpaksa ditanggung bukan bererti dia sudah gagal dalam hidup tetapi penderitaan itulah yang mengajarnya erti kesusahan dan kehidupan yang sebenar.

TEMA
Sajak ' Lelah Tetapi Indah ' bertemakan tentang penderitaan tentang kehidupan manusia. Penyajak berjaya menyampaikan falsafah hidup sederhana Melayu Islam yang sememangnya redha terhadap penderitaan yang ditempuhi dan sentiasa berusaha menghadapinya dengan sabar serta saksama sehingga mampu menangani setiap masalah dengan baik.

PERSOALAN
     (1) Persoalan tentang Penderitaan
  • Penderitaan yang diberi oleh Allah bukan bertujuan untuk menghukum hamba-Nya,   sebaliknya mengajar manusia supaya bersabar dalam meniti kehidupan.
  • Sesungguhnya setiap penderitaan itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya malah ia adalah milik kita yang perlu kita temui.     
     (2) Persoalan Tentang Kesabaran
  • Allah sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian dan salah satunya adalah kesusahan hidup. Namaun, segala ujian tersebut perlu ditempuhi dengan sabar adan apabila kita sabar dalam melakukan sesuatu, nescaya kejayaan akan menanti kita. Oleh itu, hidup mestilah seiring dengan kesabaran dan ketakwaan.
     (3) Persoalan Tentang Perjuangan Hidup
  • Dengan perjuangan ini mampu membawa manusia keluar belenggu kesusahan.
  • Penyajak menyatakan bahawa kira perlu berjuang untuk diri kta, keluarga dan masyarakat barulah kita dianggap sebagai manusia yang telah merdeka. Perjuangan hidup juga tidak mengenal erti kekalahan dan kekalahan itu yang akan membangkitkan kita untuk terus berjuang dan berjuang hingga ke akhir hayat.        
     (4) Persoalan tentang Tingginya Harga Sebuah Pengorbanan
  • Segala pengorbana yang kita lakukan dalam hidup ini mempunyai nilai yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Susah senang, perit duka yang kita lalui sentiasa mematangkan kita supaya kita lebih berusaha ke arah kebaikan dan mencari perubahan dalam hidup. Usaha itulah yang dikatakan pengorbanan yang tidak ternilai jika ingin dibandingkan dengan wang ringgit. 
     (5) Persoalan Tentang Keredaan
  • Setiap musibah yang diturunkan kepada kita adalah satu rahmat yang perlu kita redai dalam hidup ini. Ini kerana keredaan itulah yang mendidik kita supaya menerima sesuatu musibah denga hati yang terbuka wakaupun sudah tidah tertanggung penderitaan itu.
     (6) Persoalan Tentang Semangat Waja
  • Manusia yang berjaya dalam hidup adalah manusia yang sentiasa bersemangat dalam apa yang dilakukan. Golongan ini tidak mudah mengaku kalah apatah lagi menangisi sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa kepada dirinya. Sebaliknya ia bangkit dengan semangat yang ada untuk meneruskan hidup ini dengan sekadar yang termampu dan kesusahan bukan penghalang.
     (7) Persoalan Tentang Keikhlasan
  • Dalam sajak ini, penyajak menyatakan bahawa manusia yang berjaya adalah mereka yang ikhlas terhadap hidupnya. Segala jasa dan budi ditabur tanpa meminta balasan. Beta susahnya hidup mereka tetapi masih mampu melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat.
BENTUK
 
1. Rima akhirnya bebas

2. Jumlah suku kata
  • 8 hingga 17 patah perkataan
  • Contohnya dapat dilihat seperti berikut :                                                                                 
  •      - Contoh 8 suku kata  : akan lelah hidup ini
  •      - Contoh 17 suku kata : tidak sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah
3. Jumlah rangkap
  • Terdapat lima rangkap di mana setiap rangkap tidak mempunyai baris yang sama.
4. Jumlah perkataan
  • Jumlah perkataan dalam sajak ini adalah antara 3 hingga 7.
  • Contoh dapat dilihat seperti berikut :
  •      - Contoh 3 patah perkataan : Engkau dengakan suaraku
  •      - Contoh 7 patah perkataan : tidak sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah

GAYA BAHASA

1. Asonansi
  • Pemilihan kata ini adalah kerana vokal " a " telah diulang sebanyak sembilan kali dalam rangkap terakhir, baris terakhir :
  •      - Contoh : jangan menangis saat bersama-samaku
2. Aliterasi
  • Pemilihan gaya bahasa ini adalah kerana konsonan " k " telah diulang sebanyak enam kali dalam rangkap ketiga, baris ketiga :
  •      - Contoh : akan kejayaanku puncak kasihku
3. Anafora
  •      - Contoh : tidak terbayar ekspedisi Everest tinggi tidak sama kejayaan Appollo ke bulan  
  •                       berkhemah
4. Metafora
  • Contohnya dapat dilihat pada rangkap ketiga, baris ketiga yang berbunyi :
  •      - Contoh : akan kejayaanku puncak kasihku.
5. Pengulangan diksi
  • Contoh : Sangat melelahkan hidup ini diulang sehingga rangkap ke tiga pada awal baris setiap  rangkap 
6. Personifikasi
  • Contoh : lorong memboros sunyiku

7. Kata ganda
  • Perkataan ini dapat dilihat pada rangkap terakhir dan baris yang terakhir.
  •      - Contoh : jangan menangis saat bersama-samaku.

NILAI KEMANUSIAAN

1. Kerajinan
  • Kerajinan adalah kunci kejayaan dalam kehidupan. Walaupun kehidupan kita susah dan menderita, namun apabila kita rajin berusaha, kejayaan pasti menjadi milik kita dan kita dapat menubah masa depan ke arah yang lebih baik.
2. Tidak berputus asa
  • Sajak ini memperlihatkan bagaimana seseorang itu menangani kemiskinan dan penderitaan hidupnya dengan melakukan sesuatu tanpa berputus asa.
  • Sikap tidak pernah berputus asa inilah yang akan menjadikan kita lebih kuat dalam mengharungi pahit, perit kehidupan, dan tanpa berputus asa kita akhirnya akan menemui kebahagiaan.
3. Kesabaran
  • Kehidupan yang harmoni adalah mereka yang hidup bertemankan kesabaran. Golongan ini tidak pernah kesal dengan penderitaan yang diberikan kepadanya, kerana mereka tahu disebalik kesusahan atau masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting ialah kita terus bersabar dan tabah untuk menghadapinya malah perlu reda dengan ketentuan Ilahi.
4. Kuat semangat
  • Semakin kita susah, semakin kita perlu bersemangat untuk melawannya. Jangan kita hanya berserah dan bertawakkal sebaliknya perlu bersemangat untuk mengubah masa depan dengan lebih gemilang.
5. Tidak meminta balasan
  • Manusia yang ikhlas adalah manusia yang melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh tanpa meminta balasan daripada mana-mana pihak.
  • Penyajak tidak pernah mengharapkan segala pengorbanan yang dilakukan dibalas dan tidak langsung meminta simpati sebaliknya terus berbakti kepada diri, keluarga dan masyarakat.
MESEJ DAN PENGAJARAN 

1. Kita janganlah mudah mengeluh atau berputus asa dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. 
    Walaupun berat untuk ditanggung, namun kita mestilah cekal dan terus berusaha untuk menghadapinya.

2. Kita mestilah melakukan sesuatu dengan keikhlasan hati dan bukanlah untuk mengharapkan 
    balasan mahupun sanjungan. Apabila kita ikhlas maka sesuatu yang dilakukan itu akan diberkati dan  
    diredai-Nya.

3. Kesusahan dan penderitaan hidup bukan bermakna kita gagal dalam hidup, sebaliknya kita haruslah 
    bangkit dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dan tidak harus membiarkan diri terus   
    menunggu perubahan datang bergolek-golek tanpa berusaha.

4. Kita mestilah tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan yang telah ditentukan kepada kita. 
    Kita jangn sesekali menyatakan bahawa kesusahan itu satu bala atau musibah yang menimpa diri kita  
    sebaliknya kita  terus berdoa untuk perubahan ke arah kebaikan.


PEMIKIRAN PENYAJAK

1. Penyajak menegaskan tentang penderitaan dalam sajak. Penderitaan yang dinyatakan dalam sajak  
    bukanlah satu-satunya musibah terhadap kehidupan manusia tetapi disebalik kesusahan dan penderitaan 
    tersebut, sebenarnya ada himah daripa Allah.

2. Penyajak ingin menyatakan bahawa kita mesti ikhlas dalam melakukan sesuatu untuk mendapat  
    keberkatan dan keredaan hidup. Kita mesti melatih diri kita supaya ikhlas dan tidak terlalu mengharapkan  
    balasan daripada apa yang telah kita lakukan. 

3. Selain itu, penyajak juga berharap supaya manusia sentiasa mencari perubahan ke arah 
    kebaikan  dan bukan hanya bertawakal dan menunggu rezeki datang bergolek-golek.

4. Seterusnya, sebagai manusia penyajak menyeru supaya kita jangan mengaku kalah dengan kesusahan 
   hidup kerana penderitaan yang ditanggung bukanlah bermakna kita gagal dan kalah dalam hidup kerana 
   kejayaan pasti akan ditemui dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

NADA

Melankolik, iaitu nada yang mendayu-dayu. Penyajak mengamalkan nada ini kerana ingin menyatakan kesusahan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh segelintir masyarakat yang hidupnya susah dan miskin. Nada ini menceritakan segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh penyajak tanpa menyindir mana-mana pihak.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan